Tuesday, October 19, 2010

Komitmen Kerjaya

Share
Komitmen kerjaya
Perkara yang selalu menjadi isu graduated pendidikan ialah masalah penempatan guru. Boleh dikatakan setiap tahun kita mendengar mengenai masalah ini. Saya sebagai salah seorang bakal guru mengharapkan benda yang sama iaitu dapat ditempatkan di mana-mana sekolah di negara ini sebaik sahaja menamatkan pengajian di sini. Baru- baru ini kita mendengar kelebihan guru aliran sains teknologi seperti Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik. Ini menjadikan kos seperti saya akan bersaing dalam penempatan guru. Oleh itu, saya akan cuba menguasai bahasa inggeris dengan secepat mungkin dalam menghadapi persaingan dalam penempatan guru kelak. Guru yang berkaliber dan serba boleh sudah semestinya menjadi rebutan di mana- mana sekolah. Jadi, saya berharap saya berada dalam lingkungan kumpulan tersebut. Insyaallah.

Perancangan Masa Depan

Share


Sebagai seorang bakal guru, banyak persoalan yang bermain di dalam kepala ini. Mampukah aku menjadi seorang guru yang bitara ? Bagaimana aku hendak menarik perhatian pelajar, nak pakai cara macam mane ?  Alat bantu mengajar ( ABM)  ape yang sesuai ? Walaupun sehingga sekarang, tahun 2010 aku masih melanjutkan pelajaran aku di Universiti Pendidikan Sultan Idris , Tanjung Malim, Perak yang kini berada di semester 3, aku sudah memikirkan semua ini. Sebagai bakal seorang guru, aku perlu melalui proses – proses ini. Normal katakan jika ingin menjadi seorang guru. Aku berharap dapat menamatkan pengajian aku di sini dan memperoleh anugerah daripada pihak Universiti ( Amin ) . Sekiranya diri ini dimurahkan rezeki, akan ku sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Sarjana kerana ilmu itu tiada sempadannya. Bak kata pepatah, “ Selagi ada kemahuan, disitu ada jalan ”. Insyaallah !!!!!!!

Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Share
“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan prograsif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihra suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin”

Falsafah Pendidikan Diri

Share
Setiap orang mempunyai matlamat dan prinsip hidup masing-masing dalam mengharungi arena kehidupan yang penuh mencabar ini. Sebagai seorang bakal guru, prinsip hidup itu penting untuk membentuk diri ini menjadi seorang guru yang bitara. Antara perkara yang perlu ada dan dicapai ialah
1) Berpegang teguh dengan prinsip hidup. Sekiranya kita ingin berjaya, tanamkan azam terlebih dahulu. Bila kita ada azam, secara automatik akan ada semangat untuk berusaha ke arah kejayaan tersebut.


2) Berusaha menjadi seorang guru yang berkaliber dari semua aspek. Apabila saya diberi tugasan, saya berharap akan melakukan yang terbaik untuk anak didik bangsa saya.


3) Sebagai seorang guru, saya akan berusaha untuk membentuk anak-anak didik saya agar mereka cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum. Akan membuatkan mereka sedar betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan.


4) Dapat menyampaikan fakta pembelajaran yang benar dan efektif kepada anak didik serta tidak menganggap mengajar adalah satu beban. Akan bersikap adil dengan semua pelajar tanpa pilih kasih dalam kalangan pelajar. Akan juga menjadi pendidik yang bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah mengenali pelajar dengan lebih dekat ataupun “ eye contact ” antara pelajar dapat dipupuk.

world of chemistry: Falsafah pendidikan kebangsaan

Share
world of chemistry: Falsafah pendidikan kebangsaan

Falsafah pendidikan kebangsaan

Share
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Share
Share





                                        States of matter here and there
Different forms everywhere
In solids and liquids
And gases in the air
The pressure forced on you that you can’t bear
Could it be that Boyle’s law or Charles’s law
Will explain it to you
And don’t forget plasma, a state of matter, too.
Next comes change of state, the changing of one
Form to another
There are different ways to do this
Could it be melting, or freezing
Or vaporization, Oh brother!
It could be that boiling is the way to go
Or maybe evaporation or condensation
For a show
Sublimation or the conversion of a solid
To a gas
Don’t forget liquid, which you bypass.

Pages

Kata-kata Utman Affan ;

Antara tanda – tanda orang yang bijaksana itu adalah hatinya selalu berniat suci, Lidahnya selalu dibasahi dengan zikrullah, kedua-dua matanya menangis kerana penyesalan pada dosa yang dilakukan , segala perkara yang dihadapinya dengan sabar dan tabah dan mereka mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan di dunia. Sama-sama kita fikirkan

+