Saturday, October 30, 2010

Share
Assalamualaikum w.b.t
Nama diberi Nor Fazura Bt Sapari. Dilahirkan pada 16 Ogos 1990. Anak ke - 3 daripada 6 orang adik beradik. 3 lelaki dan 3 perempuan. Saya tinggal di Kampung Gual Bunut, Rantau Panjang Kelantan. Mendapat pendidikan awl di sekolah kebangsaan kubang kuau. pas2 lanjutkan lagi ke sekolah harian biasa dari tingkatan 1 samapilah tingkatan 5. bELAJAR je kejaan saya Buat MaSA SEkarang. Pas2 smbung ag ke program matrikulasi di Perlis. Dan sekarang saya berada di sini iaitu di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) yang mengambil bidang pendidikan kimia. No matrik saya ialah D20091034929. Sekarang saya berada dalam semester3 baru. Still YOUNG and muda ag nk konvo. Huhh !!!! Sekarang umurku sudah genap 20 tahun. Harapan ku agar dapat mendidik anak bangsa dengan cemerlang, gemilang dan terbilang untuk melahirkan individu yang memenuhi tuntutan jasmani, emosi, rohani dan intelek. (JERI)
InSYaLLAh
Share
Share
Share
Share

Electrolysis of pure water

Share

Arrangements of molecules in the three states of matter

Share

CAMSTUDIO

Share
CAMSTUDIO merupakan satu lagi benda baru yang diajar kepada pelajar-pelajar TKU3023 dan pada pelajaran kali ini para pelajar diperkenalkan dengan penggunaanCamStudio. Camstudio boleh digunakan untuk merakam audio dan skrin. Ianya memberikan pelbagai manfaat kepada para pelajar dan guru. Ianya boleh digunakan untuk membuat demonstrasi kepada para pelajar mengenai sesuatu formula yang sukar difahami oleh para pelajar. Camstudio juga boleh digunakan untuk memberi penerangan dan tutorial kepada para pelajar mengenai penggunaan sesuatu website dan sebagainya. Pengajaran tersebut akan berjalan dengan lebih lancar kerana para pelajar dapat melihat sendiri dimana perlu klik dan sebagainya. PenggunaanCamstudio juga amat mudah dan senang dipelajari..

Apa itu E-portfolio

Share

E-Portfolio adalah satu sistem yang memantau dan menyimpan segala maklumat dan informasi yang berguna. Pada kebiasaanya pelajar hanya mebuat folio biasa iaitu dengan hanya menggunakan fail dan segala maklumat dan informasi yang berguna disimpan di dalam fail. Jadi dengan menggunakan E-Portfolio ianya lebih mudah dan kebarangkalian maklumat yang disimpan untuk hilang adalah rendah berbanding dengan folio yang biasa. Segala informasi mengenai pelajaran dan pelbagai lagi maklumat yang boleh dikongsi boleh diletakkan di dalam E-Portfolio. Segalanya berada dihujung jari kita dan bergantung kepada diri kita sendiri untuk memanfaatkan penggunaan E-Portfolio. Jadi, kami pelajar ICT dalm kimia juga ditugaskan untuk membuat E-Portfolio sendiri dan meletakkan pelbagai informasi dalam kimia dan pelajaran yang diterima semasa kelas di dalam E-Portfolio masing-masing.

Apa itu simulasi berkomputer

Share
Pembelajaran menerusi simulasi komputer terbahagi kepada empat kriteria iaitu : 
  • Membentuk formula, model yang boleh dimanipulasi.
  • Mewujudkan matlamat pengajaran
  • Proses pengajaran yang spesifik.
  • Mewujudkan aktiviti pembelajaran.

Menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran mempunyai beberapa
kepentingan, kepentingan utama adalah memastikan pelajar aktif dalam eksplorasi dan
belajar sesuatu yang mana pendekatan yang digunakan berkaitan dengan teori pembelajaran
moden. Pembelajaran simulasi berkomputer lebih kepada pembelajaran menerusi
pengalaman yang memerlukan sokongan dari pengajar atau sistem bagi memastikan
simulasi yang digunakan adalah efektif.
Simulasi berkomputer mempunyai nilai yang sangat besar dan memberikan pelbagai faedah kepada para pelajar. Simulasi berkomputer membolehkan pelajar meningkatkan serta melakukan banyak aktiviti yang mana jika dilakukan pada dunia nyata akan meningkatkan kos sertamungkin membahayakan pelajar. Simulasi berkomputer juga dapat menghasilkan tindakbalas yang betul serta teratur yang mana lebih fleksibel dan jimat jika dibandingkan dengan mengupah seorang guru bagi setiap pelajar. Ianya juga telah terbukti sebagai satu cara pembelajaran yang efektif, yang mana membolehkan pelajar lebih inovatif dan kreatif.










Falsafah pendidikan kebangsaan

Share

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Pages

Kata-kata Utman Affan ;

Antara tanda – tanda orang yang bijaksana itu adalah hatinya selalu berniat suci, Lidahnya selalu dibasahi dengan zikrullah, kedua-dua matanya menangis kerana penyesalan pada dosa yang dilakukan , segala perkara yang dihadapinya dengan sabar dan tabah dan mereka mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan di dunia. Sama-sama kita fikirkan

+