Saturday, October 30, 2010

Apa itu E-portfolio

Share

E-Portfolio adalah satu sistem yang memantau dan menyimpan segala maklumat dan informasi yang berguna. Pada kebiasaanya pelajar hanya mebuat folio biasa iaitu dengan hanya menggunakan fail dan segala maklumat dan informasi yang berguna disimpan di dalam fail. Jadi dengan menggunakan E-Portfolio ianya lebih mudah dan kebarangkalian maklumat yang disimpan untuk hilang adalah rendah berbanding dengan folio yang biasa. Segala informasi mengenai pelajaran dan pelbagai lagi maklumat yang boleh dikongsi boleh diletakkan di dalam E-Portfolio. Segalanya berada dihujung jari kita dan bergantung kepada diri kita sendiri untuk memanfaatkan penggunaan E-Portfolio. Jadi, kami pelajar ICT dalm kimia juga ditugaskan untuk membuat E-Portfolio sendiri dan meletakkan pelbagai informasi dalam kimia dan pelajaran yang diterima semasa kelas di dalam E-Portfolio masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Pages

Kata-kata Utman Affan ;

Antara tanda – tanda orang yang bijaksana itu adalah hatinya selalu berniat suci, Lidahnya selalu dibasahi dengan zikrullah, kedua-dua matanya menangis kerana penyesalan pada dosa yang dilakukan , segala perkara yang dihadapinya dengan sabar dan tabah dan mereka mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan di dunia. Sama-sama kita fikirkan

+