Sebagai seorang bakal guru, banyak persoalan yang bermain di dalam kepala ini. Mampukah aku menjadi seorang guru yang bitara ? Bagaimana aku hendak menarik perhatian pelajar, nak pakai cara macam mane ? Alat bantu mengajar ( ABM) ape yang sesuai ? Walaupun sehingga sekarang, tahun 2010 aku masih melanjutkan pelajaran aku di Universiti Pendidikan Sultan Idris , Tanjung Malim, Perak yang kini berada di semester 3, aku sudah memikirkan semua ini. Sebagai bakal seorang guru, aku perlu melalui proses – proses ini. Normal katakan jika ingin menjadi seorang guru. Aku berharap dapat menamatkan pengajian aku di sini dan memperoleh anugerah daripada pihak Universiti ( Amin ) . Sekiranya diri ini dimurahkan rezeki, akan ku sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Sarjana kerana ilmu itu tiada sempadannya. Bak kata pepatah, “ Selagi ada kemahuan, disitu ada jalan ”. Insyaallah !!!!!!!
No comments:
Post a Comment