Apabila sudah menjadi guru kelak, saya berharap dapat menjadi guru cemerlang dalam bidang kimia terutamanya. Saya memilih kerjaya dalam bidang kimia kerana mendapat inspirasi dari cikgu saya sendiri yang mengajar saya di tingkatan menengah atas. Saya tertarik dengan cara dia mengajar dan membuatkan saya hendak menjadi seperti dirinya. Beliau juga merupakan guru cemerlang kimia di sekolah saya. Saya berharap saya akan menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam memikul tanggungjawab seorang guru. Saya juga mengharapkan saya disenangi oleh semua orang terutamanya pelajar-pelajar saya dan menjadikan mereka bukan sahaja pelajar tetapi sebagai kawan yang membolehkan mereka berani meluahkan perasaan yang mereka alami kepada saya sebagai guru mereka.
No comments:
Post a Comment