Tuesday, October 19, 2010

Falsafah Pendidikan Diri

Share
Setiap orang mempunyai matlamat dan prinsip hidup masing-masing dalam mengharungi arena kehidupan yang penuh mencabar ini. Sebagai seorang bakal guru, prinsip hidup itu penting untuk membentuk diri ini menjadi seorang guru yang bitara. Antara perkara yang perlu ada dan dicapai ialah
1) Berpegang teguh dengan prinsip hidup. Sekiranya kita ingin berjaya, tanamkan azam terlebih dahulu. Bila kita ada azam, secara automatik akan ada semangat untuk berusaha ke arah kejayaan tersebut.


2) Berusaha menjadi seorang guru yang berkaliber dari semua aspek. Apabila saya diberi tugasan, saya berharap akan melakukan yang terbaik untuk anak didik bangsa saya.


3) Sebagai seorang guru, saya akan berusaha untuk membentuk anak-anak didik saya agar mereka cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum. Akan membuatkan mereka sedar betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan.


4) Dapat menyampaikan fakta pembelajaran yang benar dan efektif kepada anak didik serta tidak menganggap mengajar adalah satu beban. Akan bersikap adil dengan semua pelajar tanpa pilih kasih dalam kalangan pelajar. Akan juga menjadi pendidik yang bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah mengenali pelajar dengan lebih dekat ataupun “ eye contact ” antara pelajar dapat dipupuk.

Pages

Kata-kata Utman Affan ;

Antara tanda – tanda orang yang bijaksana itu adalah hatinya selalu berniat suci, Lidahnya selalu dibasahi dengan zikrullah, kedua-dua matanya menangis kerana penyesalan pada dosa yang dilakukan , segala perkara yang dihadapinya dengan sabar dan tabah dan mereka mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan di dunia. Sama-sama kita fikirkan

+